LANGKAH UMNO MAKIN SILAP

MAKIN RAMAI YANG BERPALING TADAH!

Saya berkunjung ke rumah seorang kawan yang saya berpangkat "abang" dalam politik. Selalunya beliau adalah orang yang paling kental perjuangannya dalam UMNO - sejak saya mengenali beliau. Beliau memang seorang yang bercakap tanpa selindung - ikhlas, telus dan tidak tahu main-main sembarangan. Mungkin itulah kelemahan beliau, terlalu terus terang.

Saya yakin, kalau beliau seorang pejuang, inilah dia contoh orangnya. Tetapi dalam UMNO, mengikut budaya UMNO yang sekarang - orang seperti ini harus dibuang. Orang seperti itu tidak ada tempat dalam UMNO. UMNO sudah terlalu karat dengan budaya 'ampu sana, ampu sini'. Kalau tak pandai, kalau lidah tidak bercabang, kalau hati jujur botang; alamat diri akan dikecundangkan oleh kawan yang mengaku seperjuangan!!

Dan kali ini, kawan ini sudah menerima nasib itu. Beliau adalah di antara 126 orang yang dibuang oleh jembalang-jembalang di MKT dan Perhubungan. 

Tapi orang seperti beliau, pemecatan beliau itu juga adalah satu "perjuangan". Dengan pembuangan dan penyingkiran begitu, dia merasa bahagia kerana Perjuangannya selama ini berhasil menentukan dirinya sebagai seorang PEJUANG!!

Katanya, "Jika saya masih dalam UMNO, tidak dibuang, apakah jawapan saya di alam Barzah nanti? Saya akan dipandang oleh para malaikat sebagai pengkhianat bangsa, tanahair dan agama. Hidup saya lebih lama di "sana' dari di sini. Selama ini saya tidak minta apa-apa ganjaran dari UMNO/BN. Saya cari nafkah dan hidup dengan berladang hasil pesaka nenek moyang saya. Saya tidak kaya-raya seperti 'kaki ampu' yang saban hari mencari jalan mengaut untuk dari titik peluh orang lain.. Saya bahagia!!"

Saya hampir menitiskan air mata bila mendengar luahan hati beliau. Saya tidak sangka dalam UMNO, orang semacam sahabat saya itu harus dibuang. Bagi saya, UMNO telah membuang seketul intan bermutu maknikam yang sangat berharga. Cuma, intan yang bercahaya itu diletakkan di tempat yang salah. Kerana itu cahayanya tidak dimanfaatkan oleh UMNO sebagai kelompok yang pejuang rakyat.

Saya tanya beliau, apakah rancangannya sesudah melihat UMNO sudah jauh menyimpang jauh dari asas-asas perjuangan asal. Tidakkah beliau sekarang sudah bagai kehilangan tempat menyalurkan tenaga yang begitu mendadak dalam dada.

Dia tidak langsung menunjukkan muka minta dikasihani. Tidak!! Malah dia bingkas bangun dan berkata, "Sebagai umat Tuhan, saya belum mati lagi. Jiwa saya masih segar. Malah sekarang saya lebih bertenaga dari dulu. Perjuangan saya lebih luas dan lebih jitu. Saya sudah kenal siapa musuh saya. Saya lebih mudah merancang strategi sekarang, kerana saya sudah lebih ramai kawan seperjuangan berbanding dahulu".

Saya terdiam. Bagaimana dengan kehilangan tempat bergantung (UMNO), dia makin terangsang? Tetapi sebagai bertaraf 'abang' (lebih dari seorang kawan), saya harus mendengar sebelum bertanya lebih banyak.

Katanya, "Perjuangan adalah berasaskan nawaitu dalam rohani seseorang. Kalau niat bersih, perjuangan akan bersih. Begitulah sebaliknya. Tengok berapa orang di antara datuk-nenek kita yang mati memperjuangkan hak sewaktu menentang penjajahan Pertugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, gerila Komunis dulu? Tahukah siapa mereka. Yang kita tahu hanya segelintir. Tetapi jihad tiap-tiap orang dari mereka yang gugur, di mata Allah SWT. adalah sama. Mereka adalah penegak KEBENARAN!!. Dalam UMNO, Kebenaran sudah mati!!" katanya.

Saya tafakur tunduk. Tidak berani menentang mukanya. Katanya lagi, "Nawaitu kita bersama adalah satu, mahu menyedarkan orang Melayu dan semua kaum di negara ini untuk menghancurkan UMNO/BN. Kerana, yang jelas, BN keseluruhannya sudah jadi pengkhianat Kemerdekaan bangsa, tanahair dan agama Islam."

Wa!! Wah!! Dia sudah naik api. Tubuhnya saya lihat gementar bergoyang. Katanya lagi, "Bagi saya, secara tafsiran (telah tetap-mantap dalam hati), UMNO/BN wajar dimusnahkan saja kerana inilah parti yang telah menggunakan tenaga dan kemampuan untuk menyekat pembangunan minda dan daya orang Melayu; dan akhirnya memusnahkan inspirasi orang Melayu khususnya untuk mengisi Kemerdekaan dan menegakkan Islam yang syumul." Katanya dengan nada berang.

Sambungnya, "Kita sebagai insan yang menghayati KEBENARAN, KEADILAN dan KEHARMONIAN, tidak akan sanggup melihat betapa busuknya agenda kelompok kecil "inner circle" dalam Kumpulan Mahathir laknatullah ini yang telah terang-terang mengkhianati wadah dan perjuangan orang Melayu", sambungnya dengan nada bersemangat.

"Kita tidak bersifat peribadi membenci UMNO/BN. Kita benci habis-habisan kerana karenah pemimpin UMNO (khususnya) yang sekongkol di bawah telunjuk Mahathir Mohammad. Mereka telah segondongan merosakkan budaya ummah dan orang Melayu, menafikan hak rakyat dan kewibawaan orang Melayu dalam sebuah negara yang begitu perit dimerdekakan oleh orang Melayu, setelah mengalami 1001 kekejaman di bawah penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Hari ini Mahathir mengkaya-rayakan diri dan kelompoknya dengan menginjak kepala orang Melayu!!" sambungnya dengan nada yakin.

"Masakan kita mahu diinjak kepala oleh sekumpulan bangsa sendiri yang saban hari menipu kita hingga memungkinkan anak-cucu kita akan lebih terhina dari penjajahan sebenar - semata-mata kerana mereka Cuma beragenda jangka pendek untuk membolot kekayaan untuk diri sendiri. Mereka adalah puak dari individu yang sempit hati dan hilang bungkas tujuan apa dalam hidup sebagai pemimpin!!"

Aduh!! Perit muka saya ditampar dengan kata-kata sepedih itu. Katanya, "Saya mungkin tidak putus-putus memperjuangkan yang Hak bagi saya dan anak-anak dan cucu-cicit kita, InsyaAllah. Selagi UMNO/BN tidak tumbang, selagi ada sudut kebebasan untuk memaparkan fikiran dan pandangan, saya pasti akan teruskan." Katanya.

Sambungnya, "Saya lihat, UMNO sudah kekeringan bahan, sudah goyang, jauh sekali dari meyakinkan sesiapa yang rasional. Saya tidak ada kemampuan bersama saudara kita berdemo di Dataran atau di TAR, dan lain-lain kerana pelbagai halangan. Bagi saya, sumbangan sekecil ini mungkin tidak akan kecil jika saban hari secara bersama kita curahkan. Setitik air, jika berterusan menitis di lekuk yang sama, akan meninggalkan kawah luas walau sepejal-pejal batu, bukan?".

Saya mengangguk. Terdiam. Saya akur. Sambungnya, "Jika itu lumrah alam, maka kita rakyat kerdil wajar diumpamakan titisan air itu. Kita akan musnahkan pepejal UMNO/BN dengan jiwa dan kekuatan kita. Saya sudah luahkan isi hati saya itu dulu dengan ikhlas dan jujur. Bagi saya pemimpin UMNO bagai orang tua yang rabun-buta kehilangan tongkat!!"

Saya sampuk mencelah, "Saya menghargai sumbangan abang selama ini. Kan kita seperjuangan yang mengendalikan kemenangan UMNO/BN dalam semua P/raya terdahulu." Saya memandang ke arah beliau.

Di pantas menjawab, "Ya! Ya! Itulah masa-bodoh kita. Tertipu!! Kita berjuang bukan kerana meminta balasan. Kita menghargai KEBENARAN, KEADILAN DAN KEHARMONIAN, hingga sanggup mengorbankan masa lapang. Saya yakin bukan saya keseorangan yang menghargai pengorban saudara-saudari kita; tetapi saya dapat maklumat: Penyokong dan pemimpin UMNO sendiri yang sanggup menzalimi amanah rakyat dan bangsa. Itu yang menjadikan saya keyakinan kepada pemimpin UMNO sekarang!!", katanya dengan nada sedih.

"Kerana puak KITA terlalu mementingkan rakyat, itu sebab Mahathir telah takut-kecut dengan gejolak rakyat. Contohnya, apa sangatlah HARAKAH, DETIK dan semua Laman Web itu (sebagai misalan), tetapi dipantau secara bersungguh-sungguh oleh orang-orang upahan Mahathir. Malangnya, mereka tidak tinggi kemampuan. Mereka sedang berperang dengan RAKYAT.. Masakan mereka akan menang…!!!" katanya.

"Anak-anak kita berjuang bukan kerana bayaran. Anak-anak Reformis itu mentakrifkan bahawa itu adalah satu "Perjuangan". Tidakkah kita yang tinggal bersama rakyat merasakan keikhlasan mereka?

"Jika mereka berjuang "menegakkan satu Barisan yang bakal menerajui sebuah pemerintahan baru untuk sebuah negara Merdeka yang baru", tidakkah itu azam, itu iltizam dan itu jihad. Kita, sebagai orang yang sudah tahu luar-dalam UMNO/BN wajar mengaitkan Perjuangan mereka dengan niat luhur untuk membebaskan 'Ummah', Bangsa dan Tanahair. DAN sesungguhnya Allah SWT akan merestui Perjuangan yang ikhlas mereka itu!!" katanya dengan hati yang makin teguh!!

"Selama ini kita cuma melihat apa yang ada di hadapan mata UMNO/BN!! Kita tidak nampak BAHAWA UMNO sebenarnya tidak sejelas itu menegakkan Islam, menyokong sebarang Perjuangan menegakkan kedaulatan 'Ummah', Bangsa dan Tanahair. Dulu kita nampak, saudara Anwar berfikiran dan bertindak sehaluan begitu. Itu sebab beliau gembira, dan kita gembira dan bersemangat membantu UMNO bermati-matian. Tapi Mahathir BERKONSPIRASI membuang beliau, mengaibkan dan MENZALIMI beliau..!! Kita mau duduk diam macam batu?".

"Sejak dulu, bagi kita, kepentingan diri adalah perkara kedua. Tapi sekarang, kita nampak bahawa cahaya menumbangkan KEZALIMAN dan PEMBOHONGAN sedang semarak di lubuk hati rakyat. Itulah Perjuangan paling diberkati!! Buat diri saya, tidak ada apa yang saya risaukan!! Bagi saya, saya tidak keseorangan. Kita sudah tengok berapa juta orang Melayu sudah berhijrah meninggalkan UMNO!! Nawaitu sudah jelas UMNO/BN wajib ditumbangkan, dimusnahkan sebelum ia memusnahkan orang Melayu!!" katanya.

"Kau tau? Mahathir dan sekongkolnya adalah orang yang paling ketakutan dan kecut hari ini. Mungkin dia sudah rasa, berapa kerat saja mereka yang di PWTC Mei 2000 nanti yang ikhlas menyokongnya. Hehehe" Baru saya tengok dia senyum. Tapi senyum sinis.

"Ya" sampuk saya. "UMNO sekarang telah tergadai maruah. Kalau tak MCA yang bantu, UMNO sudah lingkup habis. Parti bukan Melayu telah lebih berjaya dari UMNO. Mereka anggap UMNO menumpang tuah mereka. UMNO cuma 72, non-UMNO 76. Itu hasil karenah Mahathir. Mahathir gadai maruah Melayu, maruah UMNO masih dia boleh jadi pemimpin UMNO lagi?" saya beri banci kemerosotan UMNO.

"Biarkan!! Sebagai seorang yang menyayangi Perjuangan ini, kita cuma mahu keselamatan terpelihara. Kita tidak akan cetuskan revolusi seperti Indonesia, Filipina, Iran, Romania. Tapi Mahathir jangan cabar!! Jangan keterlaluan. Kalau Mahathir menjual maruah orang Melayu dan agama Islam, Mahathir dan sekongkolnya perlu ingat cukuplah kalau saya beri ingatan" Mahathir kena Ingat.. Jangan duga kesabaran orang Melayu. Mungkin budaya Mahathir lain..!!" Mukanya sudah merah!!

"Saya akan ke PWTC nanti, saya mahu jumpa kawan-kawan lama di sana. Saudara kita itu masih dalam satu Barisan. Kita wajar berkomunikasi dengan mereka." Katanya.

"Kau akan tengok nanti, satu hari - tidak lama lagi, kita akan berjaya menegakkan KEBENARAN, KEADILAN DAN KEHARMONIAN. Kita pasti akan hancurkan KEZALIMAN dan PEMBOHONGAN. Perjuangan ini adalah perjuangan Rakyat!! Mahathir dan kelompoknya sedang bermusuh dengan rakyat..!! Mereka dalam UMNO sudah bercakaran sesama sendiri..!!", katanya.

Saya pulang malam itu dengan dada sebak. Tidak boleh tidur malam itu. Hati saya membara. Saya nampak pemecatan ratusan ahli UMNO oleh pemimpin UMNO itu sebagai satu langkah yang silap. Mereka sekarang sedang mendapat hikmah baru untuk mempengaruhi ratusan ribu penyokong UMNO supaya berpaling tadah. Nampaknya bukan 126 yang wajar dibuang, ratusan ribu yang sudah membuang UMNO. UMNO makin kecundang!! Pasti akan KECUNDANG!!!!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)